Thursday, July 9, 2009

Ialah dan Adalah

Ialah
Digunakan sebelum kata nama.

Contoh:

Nama saya ialah Ong Chong Seng.

Dalam contoh di atas, Ong Chong Seng = kata nama. Oleh itu, perkataan sebelum kata nama mestilah ialah.

Adalah
Biasanya adalah digunakan sebelum kata hubung.

Contoh:

Tujuannya, adalah untuk mengeringkan kertas itu.

Dalam contoh di atas, untuk = kata hubung. Oleh itu, perkataan sebelum kata hubung, biasanya adalah.

Autobiografi

NAB

  • Nama
  • Apa
  • Asal

    4D

    • Dipasang
    • Diperiksa
    • Dihantar
    • Dipamerkan

    HB

    • Harga
    • Beli

    BGP

    • bawa pulang
    • guna
    • penat

    R

    • rosak

    Contoh:

    Nama aku Honda City. Aku sebuah kereta. Aku berasal daripada besi.

    Aku dipasang di sebuah kilang. setelah siap dipasang, aku diperiksa oleh seorang pekerja. Kemudian, aku bersama kawan-kawan aku yang lain dihantar ke sebuah kedai. Apabila sampai di sana, kami dipamerkan di hadapan kedai.

    Aku berharga RM40 000 sahaja. Pada suatu hari, ada seorang pemuda ingin membeli sebuah kereta. Dia melihat aku. Dia suka akan aku. Dia pun membeli aku.

    Aku di bawa pulang ke rumahnya. aku sangat gembira. aku digunakan setiap hari. Aku sangat penat.

    Pada suatu hari, kepenatan aku tidak tertahan lagi. enjin di dalam badanku telah rosak. Aku tidak berguna lagi. Tuan aku telah membeli sebuah kereta yang baharu. Beginilah riwayat hidupku.

    Wednesday, July 8, 2009

    Dari dan Daripada

    Dari (ATM)

    • Arah
    • tempat
    • Masa

    Contoh:

    1. "Dia datang dari arah sana", kata Ali kepada ayahnya.
    2. Saya dari SJKC Siang Lin.
    3. Cikgu Rahmah menunggu murid-muridnya dari pukul 8.00 pagi lagi.


    Daripada (NAB)

    • nama
    • asal usul
    • bandingan

    Contoh:

    1. Surat itu datangnya daripada Encik Abu.
    2. Kereta diperbuat daripada besi.
    3. Kereta Toyota Vios lebih laju daripada kereta Honda City.