Friday, August 7, 2009

Berita-Majlis

KATA KUNCI BERITA MAJLIS

T = TAJUK
T/A = TEMPAT/AYAT MULA
P = PERSIAPAN MAJLIS
BM = BILA MULA
SH = SIAPA HADIR
T = TUJUAN MAJLIS
SR = SIAPA RASMI
S = SUASANA MAJLIS
A = AKTIVITI SEMASA MAJLIS
BS = BILA SELESAI

TTAP BM SUSAH TAPI SAYA RAJIN SAYA AKAN BERJAYA SELALU

SOALAN CONTOH:

Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Cemerlang. Kamu telah diminta oleh guru kamu untuk menulis sebuah berita mengenainya.

Tulis berita itu selengkapnya.

1.Tajuk

SAMBUTAN HARI ANUGERAH CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JU

2. Ayat mula

BATU PAHAT , Ahad - Sekolah Kebangsaan Parit Ju telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Cemerlang Kali Ke-10 semalam. Majlis diadakan di Dewan Sri Intan.

3. Persiapan majlis

Seminggu sebelum majlis dijalankan, beberapa persiapan sibuk dilakukan. Guru-guru menyediakan tempat dan hadiah-hadiah kecemerlangan. Murid-murid sibuk berlatih dalam acara persembahan yang akan dijalankan semasa majlis diadakan.

4. Bila mula

Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi.

5. Siapa hadir

Ramai ibu bapa yang hadir.


6. Tujuan majlis

Tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

7. Siapa rasmi

Majlis itu telah dirasmikan oleh YDP PIBG , Tn. Hj. Mohd Yazi Jasman.

8. Suasana

Suasana sepanjang majlis berlangsung sungguh meriah.


9. Aktiviti

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis termasuklah, ucapan , persembahan tarian murid tahap 2 dan nyanyian murid tahap 1.

10. Bila selesai.

Majlis telah melabuhkan tirai pada pukul 11.00 pagi dengan jamuan ringan.


Catatan:

1. Murid akan membina ayat yang lebih baik berdasarkan ayat contoh yang diberi.
2. Murid akan menyalin semula dalam bentuk perenggan /karangan.


CONTOH JAWAPAN:
SAMBUTAN HARI ANUGERAH CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JU


BATU PAHAT, Ahad - Sekolah Kebangsaan Parit Ju telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Cemerlang Kali Ke-10 semalam. Majlis diadakan di Dewan Sri Intan.

Seminggu sebelum majlis dijalankan, beberapa persiapan sibuk dilakukan. Guru-guru menyediakan tempat dan hadiah-hadiah kecemerlangan. Murid-murid sibuk berlatih dalam acara persembahan yang akan dijalankan semasa majlis diadakan.

Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi. Ramai ibu bapa yang hadir. Tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Majlis itu telah dirasmikan oleh YDP PIBG , Tn. Hj. Mohd Yazi Jasman. Suasana sepanjang majlis berlangsung sungguh meriah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis termasuklah, ucapan , persembahan tarian murid tahap 2 dan nyanyian murid tahap 1.

Majlis telah melabuhkan tirai pada pukul 12.00 tengah hari.