Friday, August 7, 2009

Laporan - Majlis

KATA KUNCI LAPORAN MAJLIS

T = TAJUK
AM = AYAT MULA
P = PERSIAPAN MAJLIS
BM = BILA MULA
SH = SIAPA HADIR
T = TUJUAN MAJLIS
SR = SIAPA RASMI
S = SUASANA MAJLIS
A = AKTIVITI SEMASA MAJLIS
BS = BILA SELESAI
DO = DISEDIAKAN OLEH


TAMPER BM SUSAH TAPI SAYA RAJIN SAYA AKAN BERJAYA SELALU DOA
SOALAN CONTOH:
Sekolah kamu telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Cemerlang. Kamu telah diminta oleh guru kamu untuk menulis sebuah LAPORAN mengenainya.
Tulis LAPORAN itu selengkapnya.
1.Tajuk
SAMBUTAN HARI ANUGERAH CEMERLANGSEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JU
2. Ayat mula
Sekolah Kebangsaan Parit Ju telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Cemerlang Kali Ke-10 pada 20 Julai 2009. Majlis diadakan di Dewan Sri Intan.
3. Persiapan majlis
Seminggu sebelum majlis dijalankan, beberapa persiapan sibuk dilakukan. Guru-guru menyediakan tempat dan hadiah-hadiah kecemerlangan. Murid-murid sibuk berlatih dalam acara persembahan yang akan dijalankan semasa majlis diadakan.
4. Bila mula
Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi.
5. Siapa hadir
Ramai ibu bapa yang hadir.
6. Tujuan majlis
Tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.
7. Siapa rasmi
Majlis itu telah dirasmikan oleh YDP PIBG , Tn. Hj. Mohd Yazi Jasman.
8. Suasana
Suasana sepanjang majlis berlangsung sungguh meriah.
9. Aktiviti
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis termasuklah, ucapan , persembahan tarian murid tahap 2 dan nyanyian murid tahap 1.
10. Bila selesai.
Majlis telah melabuhkan tirai pada pukul 11.00 pagi dengan jamuan ringan.
Catatan:
1. Murid akan membina ayat yang lebih baik berdasarkan ayat contoh yang diberi.
2. Murid akan menyalin semula dalam bentuk perenggan /karangan.
CONTOH JAWAPAN:
LAPORAN SAMBUTAN HARI ANUGERAH CEMERLANG
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT JU
Sekolah Kebangsaan Parit Ju telah mengadakan sambutan Hari Anugerah Cemerlang Kali Ke-10 pada 20 Julai 2009. Majlis diadakan di Dewan Sri Intan.

Seminggu sebelum majlis dijalankan, beberapa persiapan sibuk dilakukan. Guru-guru menyediakan tempat dan hadiah-hadiah kecemerlangan. Murid-murid sibuk berlatih dalam acara persembahan yang akan dijalankan semasa majlis diadakan.
Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi. Ramai ibu bapa yang hadir. Tujuan majlis diadakan adalah untuk memberi hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik dan ko-kurikulum.

Majlis itu telah dirasmikan oleh YDP PIBG , Tn. Hj. Mohd Yazi Jasman. Suasana sepanjang majlis berlangsung sungguh meriah. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis termasuklah, ucapan , persembahan tarian murid tahap 2 dan nyanyian murid tahap 1.

Majlis telah melabuhkan tirai pada pukul 12.00 tengah hari.
Disediakan oleh: 23 JULAI 2009
................................
(ALI BIN ABU)
Setiausaha,
Sambutan Hari Anugerah Cemerlang
SK Parit Ju